Kepada,
Semua penghuni Menara Seri Jati sekelian.
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Seperti yang diketahui Menara Seri Jati kini telah mempunyai Persatuan Berdaftar yang baharu menggantikan Persatuan terdahulu.
Dalam Mesyuarat Tahunan yang pertama yang lalu satu pasukan telah dipilih untuk menerajui Persatuan bagi sesi tahun 2010 hingga 2012.
Pimpinan baru Persatuan sedang merancangkan beberapa aktiviti yang akan memberi faedah kepada semua penghuni. Terdapat beberapa isu yang harus ditangani segera seperti isu agihan tempat letak kereta, tempat letak motor yang tidak tersusun, kawalan keselamatan serta CAT BANGUNAN. Ini termasuk kegiatan vandalisma seperti merosakan harta benda awam (kencing dalam lif). Hal ini akan diberi perhatian untuk diatasi dengan segera.
Seperti yang kita sedia maklum, untuk menjalankan aktiviti, Persatuan memerlukan dana. Oleh yang demikian kami amat berharap agar setiap penghuni dapat memberi sumbangan bulanan sebagai asas untuk Persatuan bergerak. Selebihnya Persatuan akan mencari dana dari sumber luar melalui tajaan serta permohonan peruntukan kerajaan.
Setakat ini banyak kemudahan yang kita perolehi tanpa melibatkan wang Persatuan. Pondok pengawal, Dewan aktiviti Masyarakat dan turapan jalan adalah contohnya .
Kemudahan Dewan aktiviti Masyarakat MSJ adalah terbuka kepada semua penghuni MSJ tanpa perlu membayar sewa (sedikit bayaran nominal untuk air dan letrik). Jika tuan puan mempunyai aktiviti yang memerlukan Dewan, silalah hubungi kami.
Bagi memudahkan penghuni memberi maklum balas kami telah menyediakan satu laman blog ini dinamana MENARA SERI JATI BLOGSPOT. Sebarang cadangan, ulasan dan pandangan boleh lah anda alamatkan ke email
menaraserijati@gmail.com
Ada juga laman Facebook yang dibuka oleh salah seorang penghuni MSJ yang sudah aktif.Anda cuma menaip `Menara Seri Jati ' setelah anda membuka facebook anda.
Blogspot dan Facebook ini merupakan wadah untuk kita bertukar pandangan dan maklumat tanpa perlu bersusah payah untuk menyebarkan surat layang.
Kepada mereka yang suka kepada cara yang lebih tradisional silalah telefon dan sms AJK-AJK terbabit. Senarai AJK telah di pamerkan di papan notis. Persatuan akan mula menerbitkan ‘NEWS LETTER’ secara berkala bagi memberi lapuran aktiviti MSJ secara ringkas. Ini akan dipimpin oleh Puan Shamsinariah.
Akhir kalam, kerja berpersatuan adalah kerja sukarela, tanpa sokongan tuan-puan tiada apa yang akan menjadi. Bantulah kami dalam memajukan MENARA SERI JATI.
Sekian.
AJK SESI 2010-2012