Wednesday, November 24, 2010

DIALOG ANTARA PKNS DAN PDRM SERTA CABUTAN LOT PARKING -31.10.2010

Majlis bermula pada pukul 2.00 ptg  dengan pendaftaran dan Hj Bahari memulakan pembacaan doa.
Sdra YDP Abd Rahman memberi ucapan Aluan  dan menerangkan tujuan Majlis tersebut diadakan.
Cif Inspektor Mr Manoharan mewakili PDRM Balai Polis Jalan Tun Razak menerangkan tentang prosuder keselamatan, pencegahan dan juga serba sedikit tentang Management Corporation

En Sabri mewakili PKNS menerangkan masalah yang dihadapi oleh PKNS dan juga perancangan yang bakal dilakukan di Menara Seri Jati
Antara Warga Seri Jati yang hadhir mendengar taklimat dan Dialog


Soal Jawab dari Warga Seri Jati bertanyakan masalah dihadapi kepada wakil PKNS dan PDRM



Warga Seri Jati menjamu selera sementara menunggu proses cabutan Lot parking
Proses cabutan Lot Parking bermula dengan setiap penduduk di panggil satu persatu

Penentuan Lot Parking di catit setelah cabutan dibuat.

Majlis berakhir pukul 6.30 ptg setelah semua cabutan dibuat dan Lot parking telah ditentukan.

Wednesday, October 20, 2010

Mohon Maskinikan Keahlian dan Biodata unit rumah

Salam pada penduduk MSJ. Saya mohon Tuan/Puan memaskinikan keahlian dan biodata unit rumah bagi
mesyuarat pengagihan parking. Satu sesi dialog PDRM dan Wakil PKNS di adakan pada :

Tempat                    : Dewan Orang Ramai MSJ

Tarikh                      : 31/10/10 (AHAD)

Waktu                      : 2.30 PM

Kedatangan             : Di mestikan

Sekian harap tuan / puan dapat hadir demi kebaikkan bersama dan menjawap kemuskilan yang
kita hadapi. Terimakasih

Daripada : Shamsinariah AJK Media

Friday, October 8, 2010

Majlis Hari Raya Aidil Fitri Menara Seri Jati 2010

Jam 8pm. Warga MSJ turun mendaftar nama dan mengambil number bertuah.
                                                                  
                                                              Keluarga En. Zainal serba putih.
                               Warga MSJ bersama YB Dato Zulhasnan Ahli Parlimen Setiawangsa.
                                   Anak-anak MSJ mengambil bahagian dalam acara silat Lian.
                                                      Ucapan dari YDP MSJ En. Rahman
                                                 Dato dan Datin doa selamat pembukaan MSJ
                                            Anak MSJ Menyanyi Cik Diana Syazwani bte Hasnan
                                                                    Bermula Silat Lian
                                               Anak-anak MSJ menari Tarian Balkis
YDP- Rahman menjemput Dato Hasnan untuk berucap sepatah dua bagi mulakan Jamuan Hari Raya 2010
En. Kamarudin memberi hadiah pada ibu tunggal Puan.

                                                     Hadiah sagu hati pada peserta Silat Lian
                          Susunan hadiah-hadiah untuk peserta dan sumbangan untuk wargamas/ ibu tunggal

Sunday, September 26, 2010

Kerja-kerja gotong royong pada 26/09/10, Ahad Jam 9.30am

Salam buat pembaca blogspot menara seri jati. Info terkini adalah lapuran perlaksanaan kerja gotong royong oleh AJK dan warga MSJ. Kedatangan AJK dan ahli seramai 21 orang. Nama2nya: - 
SHAMSINARIAH(2-7-1),KASSIM (2-7-1), ZALINA (2-5-7), EIRDAWATTY (2-2-7), SALIM (2-2-7), HUSNI ROS (2-4-5),SYED RUSDI (2-7-2),MOHD NIZAM (2-6-6), MOHAMED SAMSUL (2-5-3),AZIZAH (2-1-6), AHMAD LAILI(2-1-6), KHALID (2-9-7), SAMAT (2-8-4), MAHMUD (2-15-7), MD. YUSOF (2-3-1), NORMALA (2-11-6), MUHAMMAD JAMIL(2-5-6), MALIKI (2-6-5), SHAH RIMAN (2-6-5), ZAINAL (2-2-6), ZAINAL (2-2-6), HASSAN (2-1-7), OTHMAN (2-13-3).











Ribuan terimakasih dari kami kepada semua AJK dan Warga MSJ yang telah turun pagi ini dan  menjayakan kerja2 pembersihan kawasan dewan dan dalam dewan. Lapuran seterus bolehlah baca di FB MSJ DAN BELUTIN BULAN OCT nanti.
Lapuran dari : SHAMSINARIAH MOHAMED

Friday, September 24, 2010

GOTONG ROYONG MSJ - 26/09/2010 (AHAD)

Salam pada pembaca Blogspot MSJ

Pada tarikh di atas kami AJK mengadakan gotong royong membersihkan kawasan MSJ dan membuat persiapan untuk Jamuan hari raya minggu depan pada 02/10/2010 - Sabtu jam 8pm.
dalam masa yang sama kami berharap kiranya ada penghuni menara yang boleh memberi maklum balas atas sumbangan beliau untuk minggu depan....amat di alu alukan.

Sekian, Terimakasih.

Bahagian Maltimedia : Shamsinariah Bte Mohamed

Saturday, September 18, 2010

Kenduri Tingkat 13 - Saudar Jamil

Salam semua warga menara seri jati. Saya memaklumkan kenduri hari ini sabtu 18/09/10 di tingkat 13 lepas zuhor. Kenduri ini adalah hajat 3 dalam satu. Hajat pertama kenduri Arwah. Hajat ke 2 puteri beliau mendapat pekerjaan dan hajat ke 3 putra beliau akan berangkat ke London 28/09/10 menyambung kerja beliau. Mudah-mudahan allah permudahkan dan makbulkan niat yang baik ini pada yang lebih baik.

Tidak ketinggalan pada Warga Menara Seri Jati selamat kembali ke teratak anda semua. Semoga kita jumpa nanti di Jamuan Pot Luck hari raya pada 02/10/10 malam jam 8pm. Dengan ini saya berbesar hati kiranya ada sesiapa yang ingin menyumbang makanan atau wang untuk menjayakan malam HARI RAYA IDUL FITRI ini dengan lebih meriah dan baik.......boleh lah menghubungi wakil tingkat tuan/puan. Kiranya ada anak2 yang ingin turut serta untuk pentas tarian...boleh lah menghubungi Puan Maya (2-7-8) dan Puan Zalina (2-5-7). Harap maaf kiranya ada kata2 saya yang kurang manis dan tak di sukai laku saya ini. Saya masih belajar untuk berkenal mesra dengan tuan/puan. Mohon kerja sama Tuan/Puan. 

Wasalam dari saya SHAMSINARIAH BTE MOHAMED (2-7-1)

Thursday, August 19, 2010

Kata - kata aluan dari Shamsinariah (AJK Multimedia)

Salam pada semua keluarga MSJ.

Saya wakil AJK Bahagian Media MSJ amatlah berbesar hati kiranya tuan/puan sudi meninjau blogspot MSJ atau FB MSJ untuk mengetahui aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan dan akan dirancang pada tahun 2010 -2012.
Saya amat mengalu- alukan sebarang cadangan / komen di dalam blogspot MSJ ini.

Kami juga amat berbesar hati kiranya ada di antara ahli keluarga MSJ yang masih ingin menjadi AJK MSJ untuk berkhidmat bersama-sama kami bagi menceriakan MSJ ini.
Sekiranya saudara / saudari mempunyai sebarang idea , cerita dan ilmu yang bermanfaat untuk tatapan warga MSJ, sudi – sudilah kiranya berkongsi dengan kami di blogspot ini.
Yang menjalan tugas,

Shamsinariah

SEKIAN ,

TERIMAKASIH.





Notis kutipan Yuran Bulanan


PPMSJ 2010

 
NOTIS KUTIPAN YURAN BULANAN

 
Assalamualaikum

 
Pihak AJK PPMSJ 2010 akan menjalan kutipan yuran bulanan 2010



KUTIPAN AKAN DI LAKUKAN OLEH AJK BERIKUT :-



1. EN. HASSANUDEEN GHANI – TINGKAT 1 & 2

2. EN. MOHAMMED SALIM – TINGKAT 3 & 4

3. PN SHAMSINARIAH MOHAMED – TINGKAT 5 & 6

4. EN. ZULKIFLI BAHAUDDIN – TINGKAT 7 & 8

5. EN. HUSNI ROS KAMARUDIN – TINGKAT 9 & 10

6. EN. AZMAN & PN NORAINI – TINGKAT 11 & 12

7. EN MAHMUD & EN OTHMAN – TINGKAT 13, 14 & 15


 
Kerjasama, sokongan dan sumbangan penghuni di ucapkan terimakasih





Tuesday, August 10, 2010

WARGA SERI JATI YANG DIMULIAKAN

Kepada,

Semua penghuni Menara Seri Jati sekelian.



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,


Seperti yang diketahui Menara Seri Jati kini telah mempunyai Persatuan Berdaftar yang baharu menggantikan Persatuan terdahulu.

Dalam Mesyuarat Tahunan yang pertama yang lalu satu pasukan telah dipilih untuk menerajui Persatuan bagi sesi tahun 2010 hingga 2012.

Pimpinan baru Persatuan sedang merancangkan beberapa aktiviti yang akan memberi faedah kepada semua penghuni. Terdapat beberapa isu yang harus ditangani segera seperti isu agihan tempat letak kereta, tempat letak motor yang tidak tersusun, kawalan keselamatan serta CAT BANGUNAN. Ini termasuk kegiatan vandalisma seperti merosakan harta benda awam (kencing dalam lif). Hal ini akan diberi perhatian untuk diatasi dengan segera.

Seperti yang kita sedia maklum, untuk menjalankan aktiviti, Persatuan memerlukan dana. Oleh yang demikian kami amat berharap agar setiap penghuni dapat memberi sumbangan bulanan sebagai asas untuk Persatuan bergerak. Selebihnya Persatuan akan mencari dana dari sumber luar melalui tajaan serta permohonan peruntukan kerajaan.

Setakat ini banyak kemudahan yang kita perolehi tanpa melibatkan wang Persatuan. Pondok pengawal, Dewan aktiviti Masyarakat dan turapan jalan adalah contohnya .

Kemudahan Dewan aktiviti Masyarakat MSJ adalah terbuka kepada semua penghuni MSJ tanpa perlu membayar sewa (sedikit bayaran nominal untuk air dan letrik). Jika tuan puan mempunyai aktiviti yang memerlukan Dewan, silalah hubungi kami.

Bagi memudahkan penghuni memberi maklum balas kami telah menyediakan satu laman blog ini  dinamana MENARA SERI JATI BLOGSPOT. Sebarang cadangan, ulasan dan pandangan boleh lah anda alamatkan  ke email menaraserijati@gmail.com

Ada juga laman Facebook yang dibuka oleh salah seorang penghuni MSJ yang sudah aktif.Anda cuma menaip `Menara Seri Jati ' setelah anda membuka facebook anda.

Blogspot dan Facebook ini merupakan wadah untuk kita bertukar pandangan dan maklumat tanpa perlu bersusah payah untuk menyebarkan surat layang.

Kepada mereka yang suka kepada cara yang lebih tradisional silalah telefon dan sms AJK-AJK terbabit. Senarai AJK telah di pamerkan di papan notis. Persatuan akan mula menerbitkan ‘NEWS LETTER’ secara berkala bagi memberi lapuran aktiviti MSJ secara ringkas. Ini akan dipimpin oleh Puan Shamsinariah.

Akhir kalam, kerja berpersatuan adalah kerja sukarela, tanpa sokongan tuan-puan tiada apa yang akan menjadi. Bantulah kami dalam memajukan MENARA SERI JATI.



Sekian.



AJK SESI 2010-2012